Tuesday 1 March 2016

LONDON HAS FALLEN ( 2016 )







Reviu Pendek 

Mengisahkan tentang sebuah filem sambungan dari sekuel 'Olympus Has Fallen'

Reviu Panjang

Filem ini mengisahkan tentang sekuel dari Olympus Has Fallen iaitu sambungannya London Has Fallen adalah thriller filem 2016 yang baru saja dikeluarkan di pawagam pada 4.3.2016 yang diarahkan oleh Babak Najafi serta ditulis oleh Creighton Rothenberger dan Katrin Benedikt , St. Chad John, dan Kristian Gudegast.Pelakon yang berlakon adalah masih sama iaitu : -




 Gerard Butler sebagai Mike Banning
             ( Agent Rahsia dan Agent Istimewa dalam melindungi presiden Amerika Syarikat )
                                                                                        




                                                  Aaron Eckhart sebagai Benjamin Asher
 ( Perdana Menteri Amerika Syarikat )






                                                  Morgan Freeman sebagai Allan Trumbull
 ( Naib Presiden Amerika Syarikat )





                                         Alon Aboutboul Moni sebagai Aamir Barkhawi
(Dalang pengganas yang ke 6 dalam 10 senarai orang yang paling dikehendaki oleh FBI )





                                                     Angela Bassett sebagai Lynne Jacobs
                                        ( Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat )




Trailer











Jalan Penceritaan Penuh

Secara amnya,filem yang berdurasi 99 minit ini akan membawa penonton ke arah sebuah jalan penceritaan yang baru.Dimulakan dengan Aamir Barkhawi iaitu seorang penganas yang paling dikehendaki oleh pihak FBI  yang bertanggungjawab ke atas pengeboman di negara Eropah.

Kerajaan Amerika Syarikat sendiri telah memasang hasrat kononnya untuk mengebomkan perkarangan rumah Aamir Barkhawi.Di Yaman,Barkhawi yang masih hidup bersama anaknya Karman telah memasang muslihat untuk membalas dendam ke atas negara Eropah.Selepas dua tahun kemudian,Perdana Menteri Amerika Syarikat iaitu Benjamin Asher bersama Agent Rahsia iaitu Mike Banning menerima panggilan yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Britain ( London )  telah meninggal dunia,Mereka  bersama Perkhidmatan Rahsia Pengarah Lynne Jacobs (Angela Bassett) perjalanan ke London untuk menyertai semua pemimpin dunia yang lain untuk pengebumian Perdana Menteri Britain iaitu Mendiang Wilson.








Bagi Mike sendiri,dia tidak sedap hati kerana merasakan ada sesuatu yang akan berlaku pada perdana menterinya.Tekaan Mike betul,setibanya di sana,tentera upahan yang menyamar sebagai polis,pembawa kereta ambulan,pegawai rahsia dan sebagainya telah membunuh orang kenamaan dan orang-orang disekitarnya.




Mike bersama Lynne Jacobs ( Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat ) bersama-sama melindungi Perdana Menteri Amerika Syarikat daripada dibunuh oleh penganas.Tidak lama kemudian,pengeboman di setiap tempat yang berbeza yang telah membunuh kelima-lima orang.Hanya seorang Perdana Menteri yang terselamat iaitu Perdana Menteri Amerika Syarikat.Tentera upahan di bawah Aamir Barkhawi bermati-matian ingin membunuh Perdana Menteri Amerika Syarikat.







Dengan adanya Mike,Benjamin Asher tidak buleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya.Mike bersama Benjamin ingin mencari dalang siapa yang merancang pembunuhan yang begitu teliti tanpa ada salah silap sekali pun.Allan Trumbull ( Naib Presiden Amerika Syarikat) telah mendapat panggilan daripada Aamir Barkhawi mengatakan dia merupakan dalang dalam pengeboman di sekitar bandar London.Aamir Barkhawi meletakkan syarat untuk tidak lebih membunuh ramai orang yang tidak bersalah,maka perlu diserahkan kepadanya Perdana Menteri Amerika Syarikat.Tetapi Allan Trumbull sekeras-kerasnya tidak bersetuju untuk menyerahkan Perdana Menterinya.








Maka,Aamir Barkhawi menyatakan hasrat untuk membunuh orang yang tidak bersalah di setiap negara yang ada.Mike bersama Benjamin merancang untuk mencari pengkalan rahsia Aamir Barkhawi yag beroperasi di bandar London.Dalam perjalaan mencari tempat operasinya,pelbagai rintangan yang harus dilalui oleh mereka berdua,Tentera upahan Aamir Barkhawi terus berdesak untuk membunuh Benjamin Asher tetapi gagal atas ketangkasan serta semangat yang tidak pernah berputus asa untuk melindungi Perdana Menterinya.





Didalam satu insiden,dimana pembunuhan Perdana Menteri Britian telah dirancang dengan diletakkan racun ke atasnya dan rancangan untuk pengebumian adalah rancangan Aamir Barkhawi sendiri untuk membunuh Perdana Menteri yang hadir pada waktu itu.

Mike bersama Benjamin Asher mengambil keputusan untuk ke Kedutaan Amerika Syarikat tetapi gagal apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka telah dilanggar oleh tentera upahan Aamir Barkhawi.Benjamin Asher kemudian telah dibawa ke tempat operasi rahsia di Bandar London.Mike bersama komando SAS telah merancang untuk mengambil kembali Perdana Menterinya.

Sebelum itu,anak Aamir Barkhawi iaitu Karman telah mengambil keputusan untuk menyiarkan siaran langsung pembunuhan Perdana Menteri Amerika Syarikat dengan membunuhnya secara perlahan dengan seksaan.Tindakan untuk membunuh Perdana Menteri Amerika Syarikat itu terbatal apabila Mike sendiri telah memasuki tempat operasi rahsia dan telah membunuh kesemua tentera upahan Aamir Barkhawi termasuk anaknya sendiri iaitu Karman.


Di akhirnya,dalang lain dalam pembunuhan perdana menteri iaitu MI5  Ketua John Lancaster (Patrick Kennedy ) adalah pengkhianat yang membantu Barkawi dan pengganas.Dua minggu selepas itu,markas Aamir Barkhawi di Yaman diserang pesawat drone keatas tempatnya.Aamir Barkhawi bersama tentera upahannya mati di tempat itu.

Reviu Sendiri




Filem yang hebat penuh dengan aksi ini telah membuka mata pembikin filem termasuk empunya diri kerana dari segi penghasilannya yang penuh dengan CGI di setiap babak yang ada. Pengarah,Babak Njafi bijak menyusun atur  jalan cerita dari awal sehingga lah ke pengakhirannya.Jika sebelum ini dalam filem Olympus Has Fallen,dikaitkan dengan negara korea selatan,jadi pada filem London Has Fallen,dikaitkan pula dengan negara pakistan.Bagi saya sendiri,pengarah ini mempunyai sebab sendiri kenapa beliau memilih negara-negara berkenaan untuk difilemkan.




Selain itu,dalam salah satu situasi dalam filem London Has Fallen menggunakan teknik CGI dimana helikopter yang dinaiki oleh Perdana Menteri Amerika Syarikat bersama dua orang penasihatnya terhempas apabila ditembak jatuh oleh peluru berpandu oleh salah seorang tentera upahan Aamir Barkhawi.




Filem ini lebih cenderung ke arah pertembungan diantara dua negara Pakistan dan Amerika Syarikat yang pada mulanya berbalah antara satu sama lain dan akhirnya pihak Amerika Syarikat memenangi pertempuran tersebut.Didalam salah satu situasi dimana Allan Trumbull Naib Presiden Amerika Syarikat telah bercakap bahawa suatu hari nanti Amerika Syarikat akan berkuasa menakluki dunia suatu hari nanti,Kata-kata dari beliau membuatkan saya sebagai penonton tergamam seketika dan berfikir sejenak bahawa apa yang diperkatakan oleh beliau itu cuma sebahagian dari skrip semata-mata.


Akhir sekali,filem London Has Fallen ini merupakan salah sebuah filem yang wajib ditonton kerana ia merupakan salah sebuah karya yang padat dengan aksi,pengajaran dan sebagainya.Saya sebagai penonton merasakan bahawa filem ini bakal memberi impak kepada penonton yang menonton di pawagam atau dimana-mana sahaja.










No comments:

Post a Comment